Amru bin Ash pernah bertanya pada Rasulullah s.a.w. tentang sesiapa saja orang yang paling baginda cintai. Nabi menjawab bahawa yang pertama adalah Aisyah kemudian Abu Bakar.
Begitu cintanya Rasulullah kepada Aisyah, hingga baginda tahu bila Aisyah marah dan bila Aisyah berada dalam kesenangan dan kegembiraan. Aisyah hairan bagaimana Nabi boleh mengetahui bila saat-saat marah dan bila pula saat-saat gembira.Lalu dia bertanya dari mana Nabi dapat rahsia itu
Baginda menjawab, "Jika engkau sedang senang hati, pasti akan berkata 'demi Tuhannya Muhammad' tapi sebaliknya jika engkau sedang marah, pasti akan berkata, 'Tidak..demi Tuhannya Ibrahim..!'
Mendengar itu Aisyah hanya tersenyum seraya berkata, "Benar ya Rasulullah, aku hanya ingin menghindari menyebut namamu"

0 comments:
Post a Comment